Tawaran Yang Menaikkan Respon dan Menurunkan Risiko Pembeli

Apakah Tawaran Menarik Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah

Jan 2, 2024
58 TAWARAN TERHEBAT DI DUNIA (2/5)
  • > Tawaran Yang Menaikkan Respon dan Menurunkan Risiko Pembeli
Gunakan teknik tawaran ini dan lihatlah hasilnya ke atas jualan produk dan perkhidmatan anda.
Terbukti berkesan zaman berzaman.

TINGKATKAN RESPON

1. Free Trial

– Bakal pelanggan anda boleh mencuba produk anda selama 15 atau 30 hari.– Tempoh mesti sesuai dengan jenis produk– Tawaran ini menghapuskan risiko pembelian dan pelanggan akan buat keputusan dengan cepat.

2. Jaminan Pulangan Wang (Moneyback Guarantee)

– Macam Free Trial, tawaran ini juga menghapuskan risiko– Ia memberikan kelebihan kepada anda, kerana melalui statistik,ramai pelanggan tidak akan minta wang mereka dipulangkan (refund)

3. Hadiah Percuma

– Bila anda berikan hadiah yang pelanggan anda inginkan, ia lebih berkesan dari tawaran diskaun.

4. Tawaran Tempoh Terhad (Limited Time Offer)

– Tawaran ini akan mendapat respon yang lebih berbanding tawaran tanpa had masa.– Ia membuatkan pelanggan anda ‘terpaksa’ buat keputusan– Lebih cepat mereka buat keputusan, lebih bagus untuk anda

5. Ya/Tidak

– Tanya pada prospek anda sama ada respon positif atau negatif,dengan menandakan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ pada ruangan yang disediakan.– Tawaran ini menjana penglibatan prospek anda– Ia terbukti meningkatkan respon berbanding tawaran tanpa pilihan untuk berkata ‘Tidak’.

6. Pembatalan Tempoh Terhad

– Selalunya digabungkan dengan Free Trial– Anda berikan Free Trial dan caj kredit kad mereka secara automatik,jika pelanggan anda tidak membatalkan langganan mereka dalam suatu tempoh masa.– Ramai pelanggan akan marah, tetapi secara statistik, ia menghasilkan nilai jualan yang lebih besar.

7. Pembayaran Melalui Kad Kredit

– Zaman sekarang tiada lagi alasan untuk tidak menerima kad kredit– Ia memudahkan urusan pembayaran untuk produk anda, dan meningkatkan jualan.

8. Cabutan Bertuah

– Tawarkan cabutan bertuah dengan setiap pembelian– Contohnya, “Beli Produk ABC dan Anda Berpeluang Untuk Memenangi Cabutan Bertuah Bernilai RM500,000.”– Cuma ia sedikit leceh, dan pelanggan yang membeli mungkin tidak menjadi pelanggan setia.

KURANGKAN RISIKO

1. Jaminan Pulangan Wang 2x Ganda

– Ini lebih dramatik– Ramai orag takkan minta wang dipulangkan.– Tawaran ini amat berkesan untuk produk harga murah.

2. Jaminan Jangka Panjang (Long Term Guarantee)

– Ini juga tawaran yang agak dramatik– Biasanya anda menawarkan jaminan pemulangan wang dalam tempoh 30 atau 60 hari sahaja.– Apa kata anda cuba tawarkan jaminan pemulangan wang dalam tempoh 1 TAHUN atau sepanjang hayat?– Hanya gunakan jika anda yakin produk anda betul-betul tahan lama dan berkualiti

3. Jaminan Beli-Balik (Guaranteed Buy-Back)

– Bagus untuk produk fizikal– Jika pelanggan tidak berpuas hati, anda tawarkan untuk membeli semula produk tersebut daripada mereka.

4. Jaminan Penerimaan (Guaranteed Acceptance)

– Jika kebiasannya pelanggan perlu melalui proses permohonan untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda,anda boleh tawarkan jaminan yang permohonan mereka akan diterima.– Ia amat berkesan jika pelanggan memiliki persepsi bahawa apa yang anda tawarkan sangat sukar untuk didapatkan.

5. Percubaan Pada Harga Rendah (Limited-Time Introduction)

– Prospek boleh mencuba produk/perkhidmatan anda pada harga pengenalan yang rendah.– Contohnya, “Cubalah produk ini selama 12 minggu hanya pada harga RM24 sahaja”– Anda mesti mengukur keberkesanan tawaran ini dan buat pernilaian sama ada ia berbaloi atau tidak

6. Ya/Mungkin

– Beri prospek anda pilihan “Ya” atau “Mungkin”– Cara ini mengurangkan tekanan komitmen kepada prospek anda.– Pilih ‘Ya’ untuk membuat pembelian– Pilih ‘Mungkin’ untuk mendapatkan Free Trial, info lanjut, harga pengenalan dan sebagainya.
—————————————————————————
 
Klik post seterusnya..
“Tawaran Yang Menurunkan Harga dan Menaikkan Keghairahan”
 
notion image