Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah

Bagaimana Untuk Bina Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah

Jan 16, 2024
58 TAWARAN TERHEBAT DI DUNIA (4/5)
  • > Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah

KAEDAH PEMBAYARAN

1. BELI DULU, BAYAR KEMUDIAN

  • Tawaran ini macam Free Trial jugak, tapi lagi power.
  • Mengikut statistik, ia menaikkan respon 2 kali ganda berbanding bayaran tunai.

2. BAYARAN ANSURAN

  • Selalunya untuk produk dengan harga yang agak tinggi
  • Pecahkan harga tersebut kepada harga bulanan atau mingguan
  • Taktik ini selalu digunakan oleh peniaga perabot dan barangan elektronik seperti Courts Mammoth dan Sen Heng.
  • Beritahu pada pelanggan harga ansuran sahaja. Mudah.

3. CUBA DULU BARU ORDER

  • Anda berikan customer mencuba dulu produk tersebut untuk satu tempoh, contohnya sebulan
  • Bila tamat tempoh itu, anda ingatkan customer untuk melanggan untuk bulan-bulan berikutnya

4. RESERVE SATU!

  • Anda simpankan satu unit daripada stok produk anda untuk customer tersebut, sebelum ia dilancarkan, kerana risau stok habis.
  • Anda juga boleh beri harga istimewa jika mereka buat tempahan sebelum tarikh pelancaran.

PERKHIDMATAN ISTIMEWA

1. PENGHANTARAN PERCUMA

  • Orang ramai sudah terbiasa dengan caj penghantaran dan pengendalian (Shipping and Handling)
  • Jika anda tawarkan penghantaran percuma, tawaran anda akan menjadi lebih menarik

2. KHIDMAT PENGHANTARAN HADIAH

  • Bila tiba perayaan seperti Krismas, ramai yang ingin beli hadiah
  • Anda tawarkan khidmat penghantaran hadiah kepada semua nama di dalam senarai yang diberikan oleh pelanggan anda, secara percuma.
  • Yang bagusnya, anda dapat order yang banyak sekaligus, dan pelanggan tak perlu pening kepala cari hadiah lagi.

3. KHIDMAT PENGHANTARAN SEGERA

  • Anda beri pilihan untuk pelanggan menghantar produk ini dengan segera.
  • Untuk itu, anda boleh kenakan caj tambahan atau serap terus dalam kos produk.

PEMBERIAN HADIAH

1. SIMPAN HADIAH KAMI!

  • Anda berikan hadiah sekali dengan Free Trial
  • Prospek tak perlu pulangkan hadiah tersebut walaupun mereka batalkan Free Trial itu

2. HADIAH ATAS PEMBELIAN

  • Anda berikan hadiah istimewa jika pelanggan membuat bayaran secara tunai
  • Ini memudahkan anda untuk dapat wang tunai ‘on-the-spot’ dan mengelakkan bayaran tertangguh

3. PILIH HADIAH ANDA!

  • Anda berikan pilihan kepada pelanggan anda untuk memilih hadiah mereka
  • Tetapi, risikonya adalah pelanggan mungkin pening nak buat pilihan

4. HADIAH BERLAINAN DARJAT

  • Anda berikan hadiah yang berlainan bergantung kepada jumlah pembelian
  • Lebih besar jumlah pembelian, lebih mahal hadiah yang anda berikan

5. HADIAH DUA PERINGKAT

  • Anda berikan dua hadiah berasingan
  • Bila prospek mencuba Free Trial anda, mereka dapat hadiah
  • Bila mereka akhirnya buat keputusan untuk melanggan, anda berikan hadiah lain.

6. INSENTIF TERKUMPUL

  • Insentif terkumpul boleh diberikan dalam bentuk ‘points’
  • Contoh klasik seperti BonusLink, Kad MESRA PETRONAS, BCARD dan sebagainya
  • Mereka boleh claim points untuk ditukarkan kepada hadiah yang setara.
———————————-
Klik post kami yang terakhir untuk siri ini..
“Tawaran Yang Menggandakan Keuntungan dan Membangkitkan Rasa Ingin Tahu”
 
notion image