Biasa apabila rakan atau kawan-kawan invite anda untuk uruskan Facebook Page / Meta Page mereka.
Selepas itu, mereka akan tanya anda, "Ada dapat tak invitation tu?"
Cuba cek di facebook. Anda pun semak-semak, tapi tiada pula dapat apa-apa invitation Facebook page daripada rakan anda tersebut.
Selepas tu dua-dua "blur" tak tahu nak buat apa.
Pernah ke hadapi situasi macam ini?
Ok baik, saya pun sebenarnya.
Saya pun banyak kali dapat invitation untuk uruskan Facebook page, tapi selepas dapat invitation tu, saya pun tak tahu kat mana nak semak semula.
Hilang. Dah hilang selepas itu tak tahu kat mana nak rujuk semula.
Di sini saya kongsikan kat mana cara anda nak semak invitation Facebook Page Management.
Cara semak dan accept invitation Facebook Page via Bookmarks Sebelum mulakan, pastikan anda sudah buka melalui Facebook Profile. Kalau belum switch, switch dulu ke Facebook Profile.
Ini tahun 2024 sudah, yang lama-lama punya cara tu mungkin sudah tak jadi.
Saya pun tak boleh nak jamin cara ini berkekalan dan masih valid ketika anda membaca ini.
Selepas itu, masuk ke pautan yang saya kongsikan di bawah
Anda akan terus nampak senarai jemputan Facebook Page yang diberikan.
Apa pilihan yang ada?
Ok, sekarang anda boleh pilih untuk ACCEPT.
Yes, itu yang perlu anda buat kalau tidak mahu fikir panjang, ACCEPT sahaja sebab memang rakan anda yang invite anda pun.
Ada juga situasi yang anda tak pasti, maka ada pilihan untuk anda pilih "View Page".
Dan sekiranya terus was-was, boleh terus DECLINE, ada pilihan ini selepas anda tekan "titik tiga" tersebut.
Tahniah sebab dah berjaya cek invitation Facebook Page.
Boleh tolong share-share juga kepada rakan-rakan anda lain jika penerangan saya ni menarik dan membantu.