58 TAWARAN TERHEBAT DI DUNIA (4/5)
- > Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah
KAEDAH PEMBAYARAN
1. BELI DULU, BAYAR KEMUDIAN
- Tawaran ini macam Free Trial jugak, tapi lagi power.
- Mengikut statistik, ia menaikkan respon 2 kali ganda berbanding bayaran tunai.
2. BAYARAN ANSURAN
- Selalunya untuk produk dengan harga yang agak tinggi
- Pecahkan harga tersebut kepada harga bulanan atau mingguan
- Taktik ini selalu digunakan oleh peniaga perabot dan barangan elektronik seperti Courts Mammoth dan Sen Heng.
- Beritahu pada pelanggan harga ansuran sahaja. Mudah.
3. CUBA DULU BARU ORDER
- Anda berikan customer mencuba dulu produk tersebut untuk satu tempoh, contohnya sebulan
- Bila tamat tempoh itu, anda ingatkan customer untuk melanggan untuk bulan-bulan berikutnya
4. RESERVE SATU!
- Anda simpankan satu unit daripada stok produk anda untuk customer tersebut, sebelum ia dilancarkan, kerana risau stok habis.
- Anda juga boleh beri harga istimewa jika mereka buat tempahan sebelum tarikh pelancaran.
PERKHIDMATAN ISTIMEWA
1. PENGHANTARAN PERCUMA
- Orang ramai sudah terbiasa dengan caj penghantaran dan pengendalian (Shipping and Handling)
- Jika anda tawarkan penghantaran percuma, tawaran anda akan menjadi lebih menarik
2. KHIDMAT PENGHANTARAN HADIAH
- Bila tiba perayaan seperti Krismas, ramai yang ingin beli hadiah
- Anda tawarkan khidmat penghantaran hadiah kepada semua nama di dalam senarai yang diberikan oleh pelanggan anda, secara percuma.
- Yang bagusnya, anda dapat order yang banyak sekaligus, dan pelanggan tak perlu pening kepala cari hadiah lagi.
3. KHIDMAT PENGHANTARAN SEGERA
- Anda beri pilihan untuk pelanggan menghantar produk ini dengan segera.
- Untuk itu, anda boleh kenakan caj tambahan atau serap terus dalam kos produk.
PEMBERIAN HADIAH
1. SIMPAN HADIAH KAMI!
- Anda berikan hadiah sekali dengan Free Trial
- Prospek tak perlu pulangkan hadiah tersebut walaupun mereka batalkan Free Trial itu
2. HADIAH ATAS PEMBELIAN
- Anda berikan hadiah istimewa jika pelanggan membuat bayaran secara tunai
- Ini memudahkan anda untuk dapat wang tunai ‘on-the-spot’ dan mengelakkan bayaran tertangguh
3. PILIH HADIAH ANDA!
- Anda berikan pilihan kepada pelanggan anda untuk memilih hadiah mereka
- Tetapi, risikonya adalah pelanggan mungkin pening nak buat pilihan
4. HADIAH BERLAINAN DARJAT
- Anda berikan hadiah yang berlainan bergantung kepada jumlah pembelian
- Lebih besar jumlah pembelian, lebih mahal hadiah yang anda berikan
5. HADIAH DUA PERINGKAT
- Anda berikan dua hadiah berasingan
- Bila prospek mencuba Free Trial anda, mereka dapat hadiah
- Bila mereka akhirnya buat keputusan untuk melanggan, anda berikan hadiah lain.
6. INSENTIF TERKUMPUL
- Insentif terkumpul boleh diberikan dalam bentuk ‘points’
- Contoh klasik seperti BonusLink, Kad MESRA PETRONAS, BCARD dan sebagainya
- Mereka boleh claim points untuk ditukarkan kepada hadiah yang setara.
———————————-
Klik post kami yang terakhir untuk siri ini..
“Tawaran Yang Menggandakan Keuntungan dan Membangkitkan Rasa Ingin Tahu”