Verify Token untuk Callback URL daripada Pabbly Connect

Pelajari cara verify token untuk callback URL daripada Pabbly Connect dan pastikan integrasi automation berjalan lancar.

Sep 22, 2024
 
Sedang mencari Verify Token Pabbly Connect untuk diletakkan semasa guna Products Webhook daripada Meta Developer App?
 
Anda bakal jumpa jawapannya dalam perkongsian saya kali ini.
 
Ini bukan cara nak buat webhook khas guna app anda sendiri dan kemudian ingin menerima maklum balas yang Meta akan hantar ke app anda.
 
Namun, ini cara mudah kalau anda mahu gunakan Pabbly Connect bagi menerima sebarang update daripada Meta dan kemudian data tersebut boleh sambung dalam workflow semasa anda di Pabbly Connect.
 
Mungkin ideanya mahu dapat notification di Telegram, Slack, Google Chat ataupun Emel? Jadi ini boleh dilakukan.
 
Masuk dalam app anda, pastikan sudah pilih product Webhooks.
 
Kemudian Subscribe kepada object yang anda mahukan. (ini juga sebenarnya boleh guna API graph facebook sekiranya biasa dengan cara itu)
 
notion image
 
Ini contoh yang saya setup.
 
Masukkan link webhook URL yang Pabbly Connect sudah sediakan dalam kotak Callback URL.
 
notion image
 
Cuma yang menjadi misteri sekarang, apa nak masukkan dalam kotak Verify Token, kan?
 
Ok sebenarnya token tersebut sudah ada.
 
Perkenalkan..
 
Anda boleh gunakan token di bawah (copy paste) sahaja.
 
pabbly_fb_webhook_token
 
Selepas itu tekan “Verify and save”, sekiranya boleh lepas, maksudnya token itu betul dan sah.
 
Ok semoga membantu yang sedang mencari token untuk webhook pabbly connect di Meta Developer App.
 
Sekiranya perlu bantuan, boleh hubungi saya melalui WhatsApp atau Email. Terima kasih. 👍🏻