Validation Nombor Telefon Malaysia guna HTTP Get API Call

Guna teknik untuk Validation Nombor Telefon Malaysia guna HTTP Get API Call secara PERCUMA.

Oct 10, 2024
 
Macam mana nak verify, sahkan, buat validation Nombor Telefon di Malaysia guna kaedah HTTP Get API Call secara percuma?
Daripada saya pening kepala kena cari mana-mana provider yang boleh provide servis ini.
Lebih baik saya luangkan masa sedikit untuk sendiri, dan alang-alang saya sudah siapkan. Saya kongsikan kepada yang anda yang memerlukan.
Masalah kita apabila mahu cari yang spesifik kena dengan negara Malaysia, tak mudah tapi tak susah juga.
Dan saya share ini juga rententan daripada blog post saya sebelum ini - Regex Expression untuk Nombor Telefon di Malaysia
Kalau anda mahu buat sendiri, boleh gunakan Regex Pattern Expression yang telah saya kongsikan.
Ok baik.
Kembali kepada topik asal.

Cara Validation Nombor Malaysia guna API

Untuk gunakan HTTP API Call dalam automation flow anda, ataupun validate untuk dalam chatbot.
Ini caranya.
 
Mula-mula ingat base URL di bawah:
https://app.doktorpemasaran.com/regextelefon.php
 
dan parameter yang telah di set kan adalah "telefon"
Gunakan telefon seperti 0123456789 atau 01123456789 dan masukkan dalam parameter telefon.
Jadi anda akan dapat seperti ini telefon=0123456789
 

Link Contoh

Ok sekarang gabungkan dengan base URL, akan jadi seperti ini
https://app.doktorpemasaran.com/regextelefon.php?telefon=0123456789
 
Sekarang anda boleh buka browser untuk cuba dan SEND. Selepas itu response data akan dapat seperti di bawah:
 
Ini untuk Status Betul
{"status":"Betul","mesej":"No Telefon Malaysia Betul","telefon":"0123456789"}
 
dan ini untuk Status Salah
{"status":"Salah","mesej":"Bukan No Telefon di Malaysia","telefon":"01234567891"}
 
notion image
 
Untuk menyambung kepada Automation Flow anda, gunakan status tersebut untuk jadikan sebagai Filter.
Contoh kalau betul, anda gunakan nombor telefon, sekiranya salah, anda tak teruskan atau minta kepada user tersebut untuk berikan semula No Telefon yang betul.
 

Anda pula cuba

Dapat sesuatu? Selamat mencuba.
Sekiranya perkara ini baru untuk anda dan perlukan bantukan, hubungi saya.
 
Terima kasih.