Tawaran Yang Menurunkan Harga dan Menaikkan Keghairahan

Apakah Cara Untuk Buat Tawaran Yang Menurunkan Harga dan Menaikkan Keghairahan

Dec 30, 2023
58 TAWARAN TERHEBAT DI DUNIA (3/5)
  • > Tawaran Yang Menurunkan Harga dan Menaikkan Keghairahan

PENURUNAN HARGA

1. Diskaun dan Potongan Harga

  • Anda boleh berikan kupon diskaun potongan harga.
  • Contohnya, “Kupon Potongan Harga RM10”.
  • Atau anda boleh tunjukkan harga sebenar, potong harga tersebut dengan garisan silang, dan tunjukkan harga selepas diskaun
  • Tawaran jenis ini mungkin kurang berkesan berbanding Hadiah Percuma (Free Gift)

2. Rebate dan Refund

  • Konsep rebate adalah anda menawarkan diskaun tertangguh.
  • Ia menggalakkan pembelian
  • Setelah mereka membeli, anda beri kupon untuk pemulangan wang (rebate)

3. Sales! Sales!

  • Anda boleh buat sales sempena musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya.
  • Anda juga boleh buat ‘sales bersebab’, seperti “Jualan Tutup Gudang”, “Jualan Penghabisan Stok”, “Jualan Pindah Kedai”.

4. Harga Pengenalan

  • Anda boleh berikan harga lebih rendah untuk customer baru, bagi satu tempoh masa
  • Contohnya, “Cuba Produk Ini Untuk 30 Hari Pertama, Hanya RM20. Harga Biasa RM99”
  • Ia mungkin akan membuatkan pelanggan setia anda rasa geram, sebab mereka membayar pada harga penuh.

5. Diskaun Kesetiaan

  • Customer baru bayar harga RM30, customer lama bayar cuma RM25 sahaja.
  • Matlamatnya adalah untuk berikan ganjaran kepada customer lama di atas kesetiaan mereka.

6. Diskaun Berkumpulan

  • Untuk mensasarkan promosi anda kepada segmen pasaran tertentu
  • Anda boleh tawarkan diskaun kepada Pelajar, Jurutera, staff PETRONAS dan sebagainya

7. Diskaun Kuantiti Banyak

  • Jika mereka beli 5 unit, anda berikan diskaun 5%.
  • Atau, jika ambil langganan terus 2-tahun komitmen, anda berikan 10% diskaun.
  • Beritahu berapa ringgit penjimatan. Contohnya, “Jimat RM50 jika melanggan 2 tahun”

8. Diskaun Bertangga

  • Anda tawarkan diskaun yang lebih tinggi untuk nilai pembelian yang lebih besar
  • Contohnya, diskaun 5% untuk pembelian bernilai RM200 ke atas, diskaun 10% untuk pembelian RM300 ke atas.

9. Diskaun “Early Bird”

  • Tawaran ini memberikan ganjaran untuk mereka yang buat keputusan dengan cepat.
  • Pastikan anda berikan diskaun ke atas harga normal, dan bukannya menaikkan harga selepas tempoh early bird.
  • Contohnya, diskaun RM30 daripada harga normal RM100, jika buat pembayaran sebelum hari Ahad.

10. “We Match The Price”

  • Di sini anda bersaing harga dengan persaingan anda.
  • Jika mereka tawarkan harga lebih murah, anda berjanji untuk memberikan harga yang sama kepada pelanggan anda.
  • Taktik ini selalu digunakan oleh pasaraya besar seperti Giant, Aeon Big, TESCO dan sebagainya.

11. Trade-in

  • Selalu digunakan untuk barangan elektronik
  • Contohnya, “Serahkan telefon bimbit lama anda dan dapatkan diskaun RM50 ke atas pembelian telefon baru”

MENAIKKAN KEGHAIRAHAN

Haaa..bunyi dia memang lain macam. Ini adalah senarai tawaran yang menaikkan keghairahan:

1. Peluang Terakhir

  • Taktik “Last Chance” ini selalunya digunakan dalam siri follow-up terakhir dengan prospek anda
  • Pastikan anda tidak buat tawaran yang sama selepas ini. Jika tidak, prospek akan melabel anda sebagai scammer.

2. Edisi Terhad

  • Ia amat berkesan untuk barangan koleksi seperti hasil seni, jersi, pinggan mangkuk dan duit syiling.

3. Enrollment Period

  • Anda hanya buka tawaran kemasukan ke program anda dalam tempoh tertentu sahaja.
  • Selepas tempoh ini tamat, prospek tidak boleh memohon untuk kemasukan ke program tersebut.

4. Tawaran Pra-Pelancaran

  • Selalunya digunakan untuk buku novel bersiri atau apa sahaja jenis penerbitan yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
  • Nak lagi best, anda boleh katakan kuantiti adalah terhad.
  • Anda tawarkan diskaun 10-15% jika mereka menempah sebelum hari pelancaran

5. Pengumuman Kenaikan Harga

  • Jika anda memang berniat untuk naikkan harga produk, beritahu awal-awal kepada prospek anda.
  • Contoh ayat, “Harga akan dinaikkan ke RM200 selepas 31 Disember 2014. Dapatkan produk ini pada harga rendah sekarang”

6. Charter Membership

  • Anda berikan peluang kepada prospek anda untuk menjadi golongan pertama menyertai program keahlian anda, pada harga rendah.
  • Selalunya mereka juga diberi Free Gift atau insentif lain.
———————————-
Klik post seterusnya dari kami..
  • > “Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah”
 
notion image