58 TAWARAN TERHEBAT DI DUNIA (3/5)
- > Tawaran Yang Menurunkan Harga dan Menaikkan Keghairahan
PENURUNAN HARGA
1. Diskaun dan Potongan Harga
- Anda boleh berikan kupon diskaun potongan harga.
- Contohnya, “Kupon Potongan Harga RM10”.
- Atau anda boleh tunjukkan harga sebenar, potong harga tersebut dengan garisan silang, dan tunjukkan harga selepas diskaun
- Tawaran jenis ini mungkin kurang berkesan berbanding Hadiah Percuma (Free Gift)
2. Rebate dan Refund
- Konsep rebate adalah anda menawarkan diskaun tertangguh.
- Ia menggalakkan pembelian
- Setelah mereka membeli, anda beri kupon untuk pemulangan wang (rebate)
3. Sales! Sales!
- Anda boleh buat sales sempena musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas dan sebagainya.
- Anda juga boleh buat ‘sales bersebab’, seperti “Jualan Tutup Gudang”, “Jualan Penghabisan Stok”, “Jualan Pindah Kedai”.
4. Harga Pengenalan
- Anda boleh berikan harga lebih rendah untuk customer baru, bagi satu tempoh masa
- Contohnya, “Cuba Produk Ini Untuk 30 Hari Pertama, Hanya RM20. Harga Biasa RM99”
- Ia mungkin akan membuatkan pelanggan setia anda rasa geram, sebab mereka membayar pada harga penuh.
5. Diskaun Kesetiaan
- Customer baru bayar harga RM30, customer lama bayar cuma RM25 sahaja.
- Matlamatnya adalah untuk berikan ganjaran kepada customer lama di atas kesetiaan mereka.
6. Diskaun Berkumpulan
- Untuk mensasarkan promosi anda kepada segmen pasaran tertentu
- Anda boleh tawarkan diskaun kepada Pelajar, Jurutera, staff PETRONAS dan sebagainya
7. Diskaun Kuantiti Banyak
- Jika mereka beli 5 unit, anda berikan diskaun 5%.
- Atau, jika ambil langganan terus 2-tahun komitmen, anda berikan 10% diskaun.
- Beritahu berapa ringgit penjimatan. Contohnya, “Jimat RM50 jika melanggan 2 tahun”
8. Diskaun Bertangga
- Anda tawarkan diskaun yang lebih tinggi untuk nilai pembelian yang lebih besar
- Contohnya, diskaun 5% untuk pembelian bernilai RM200 ke atas, diskaun 10% untuk pembelian RM300 ke atas.
9. Diskaun “Early Bird”
- Tawaran ini memberikan ganjaran untuk mereka yang buat keputusan dengan cepat.
- Pastikan anda berikan diskaun ke atas harga normal, dan bukannya menaikkan harga selepas tempoh early bird.
- Contohnya, diskaun RM30 daripada harga normal RM100, jika buat pembayaran sebelum hari Ahad.
10. “We Match The Price”
- Di sini anda bersaing harga dengan persaingan anda.
- Jika mereka tawarkan harga lebih murah, anda berjanji untuk memberikan harga yang sama kepada pelanggan anda.
- Taktik ini selalu digunakan oleh pasaraya besar seperti Giant, Aeon Big, TESCO dan sebagainya.
11. Trade-in
- Selalu digunakan untuk barangan elektronik
- Contohnya, “Serahkan telefon bimbit lama anda dan dapatkan diskaun RM50 ke atas pembelian telefon baru”
MENAIKKAN KEGHAIRAHAN
Haaa..bunyi dia memang lain macam. Ini adalah senarai tawaran yang menaikkan keghairahan:
1. Peluang Terakhir
- Taktik “Last Chance” ini selalunya digunakan dalam siri follow-up terakhir dengan prospek anda
- Pastikan anda tidak buat tawaran yang sama selepas ini. Jika tidak, prospek akan melabel anda sebagai scammer.
2. Edisi Terhad
- Ia amat berkesan untuk barangan koleksi seperti hasil seni, jersi, pinggan mangkuk dan duit syiling.
3. Enrollment Period
- Anda hanya buka tawaran kemasukan ke program anda dalam tempoh tertentu sahaja.
- Selepas tempoh ini tamat, prospek tidak boleh memohon untuk kemasukan ke program tersebut.
4. Tawaran Pra-Pelancaran
- Selalunya digunakan untuk buku novel bersiri atau apa sahaja jenis penerbitan yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
- Nak lagi best, anda boleh katakan kuantiti adalah terhad.
- Anda tawarkan diskaun 10-15% jika mereka menempah sebelum hari pelancaran
5. Pengumuman Kenaikan Harga
- Jika anda memang berniat untuk naikkan harga produk, beritahu awal-awal kepada prospek anda.
- Contoh ayat, “Harga akan dinaikkan ke RM200 selepas 31 Disember 2014. Dapatkan produk ini pada harga rendah sekarang”
6. Charter Membership
- Anda berikan peluang kepada prospek anda untuk menjadi golongan pertama menyertai program keahlian anda, pada harga rendah.
- Selalunya mereka juga diberi Free Gift atau insentif lain.
———————————-
Klik post seterusnya dari kami..
- > “Tawaran Mengenai Kaedah Pembayaran, Menawarkan Perkhidmatan dan Memberi Hadiah”