Saya terpanggil untuk kongsikan berkenaan soalan yang kerap saya terima “Patutkah saya beli senarai Emel?” Ramai juga yang ingin tahu adakah tindakan membeli senarai Emel merupakan tindakan yang wajar?
Pertama sekali, jika tanya saya perlu atau tak. Jawapanya Perlu. Perlu apa? Anda perlukan senarai emel untuk membuat pemasaran. Saya sampai ke hari ini masih kekal menggunakan pemasaran emel, termasuk juga blog ini.
Saya mempunyai senarai emel khas untuk blog ini.
Keduanya, anda patut lihat senarai emel apa yang dibekalkan. Dan pastikan ianya adalah senarai emel yang berkaitan dengan niche produk anda. Jangan beli senarai emel ‘orang yang cari cara kuruskan badan’ tetapi anda sedang promosikan produk gemukkan benda, secara logiknya pun anda boleh fikir.
Ketiganya, anda lihat siapa yang menjual Senarai Emel ini. Kalau orang yang anda tidak pernah kenal menjual senarai Emel, maka.. saya sarankan elakkan daripada mendapatkan senarai emel daripada orang tersebut. Itu sahaja.
Oh ya.. patut atau tak patut?
Kesimpulannya – patut atau tidak beli emel?
Terima kasih kerana membaca sehingga ke tahap ini. 3 info di atas sebenarnya tidak berguna setelah anda membaca kenyataan terakhir saya.
Anda tak patut beli senarai emel..? Kenapa perlu beli..? Cuba la anda bina sendiri senarai emel anda. Saya rasa lebih mudah dan menjimatkan duit anda. Mereka yang menjual senarai Emel sebenarnya mahu ambil kesempatan, kerana mereka tahu anda malas dan tak mahu bina senarai emel sendiri.
Orait. Itu sahaja. Semoga faham dan jelas mengenai persoalan patut tak anda beli Senarai Emel.
Jumpa lagi.
Giliran anda.
Anda ada create database emel? yoooho.. (soalan paling sukar!)
Apakah Asas Pemasaran Emel yang perlu anda tahu? Saya kongsikan 3 sahaja asas emel marketing yang perlu anda lakukan. Simple dan mudah diaplikasikan sekarang.