4 Model Bina Perniagaan di Internet

Apakah 4 model bina perniagaan di Internet dan kenapa penting untuk anda mengetahui 4 model bisnes ini?

Dec 31, 2023
Assalamualaikum. Kali ini saya mahu kongsikan mengenai 4 model bina perniagaan di Internet yang ramai masih tercari-cari. Dengan anda memahami 4 model bisnes internet ini, cukup untuk anda memahami keseluruhan perniagaan Internet yang dibuat oleh usahawan Internet dalam negara ataupun luar negara.
Saya kongsikan secara ringkas kerana dari semasa ke semasa saya akan kongsikan lebih terperinci dalam kategori Peluang Buat Duit. Jika ada sebarang pertanyaan, boleh kongsikan di ruangan komen dibawah. Saya sudi membaca dan menjawabnya.
 

Apakah 4 model bina perniagaan di Internet dan kenapa penting untuk anda mengetahui 4 model bisnes ini?

Bagi saya, penting untuk anda tahu apa selok belok model perniagaan internet sebelum anda masuk ke dalam industri ini dengan lebih serius. Selain itu, dengan anda mengetahui 4 model bina perniagaan di Internet ini, ianya akan memudahkan untuk anda mengetahui model mana yang sesuai dengan anda.

4 Model Perniagaan di Internet.

 

1. Publisher

Model ini adalah bila anda mana anda menjadi publisher. Sebagai contoh mempunyai website / blog dan kemudian anda kerap untuk mengupdate konten baru setiap hari. Duit datang apabila ada yang berminat untuk beriklan di blog atau website anda.
Bagi saya, model publisher adalah model yang sangat Mudah tetapi harus ingat, ianya adalah model yang paling lambat untuk menghasilkan duit di internet secara banyak.
 

2. Affiliate

Model ini sangat digemari dalam kalangan usahawan internet. Apa yang anda buat sebagai affiliate? Tugas seorang affiliate adalah dengan mempromosi produk orang lain dan anda menerima komisen daripada perkongsian tersebut.
Duit dapat melalui komisen produk terjual, semakin banyak anda menjual produk, semakin banyak hasil pendapatan. Tetapi harus ingat, model ini mudah dan mampu buat duit yang lebih banyak daripada publisher tetapi susah jika untuk berskala besar.
 

3. Vendor

Model Vendor adalah anda sebagai usahawan internet menghasilkan produk sendiri dan lebih fokus di sini adalah produk digital. Kemudian anda mencari affiliate untuk mempromosikan produk anda kepada pasaran pilihan anda.
Konsep model sebegini mampu buat duit yang sangat banyak berbanding publisher dan affiliate. Cumanya duit atau pendapatan tidak konsisten. Selalunya sekali pelancaran dapat pendapatan yang tinggi tetapi untuk sekali pelancaran sahaja, ianya tidak ‘recurring’ atau berterusan.
 

4. Network

Model ini adalah model yang lebih tinggi berbanding 3 model di atas. Ianya diistilahkan seperti Marketplace, anda sebagai usahawan internet menyediakan satu tempat atau platform untuk vendor dan affiliate berinteraksi.Vendor boleh letak produk mereka di marketplace anda dan affiliate mudah untuk mencari produk untuk dipromosikan di marketplace anda.
Pendapatan anda adalah daripada hasil jualan akan diberikan sedikit komisen sebagai upah sewaan tempat. Ini adalah model bisnes internet yang ‘recurring’ dan berterusan selagi mana ada jualan berlaku.
Secara ringkas, Model bina perniagaan di Internet ada 4 iaitu Publisher, Affiliate, Vendor, dan Network. Anda yang memilih model mana yang anda mahu. Tetapi nasihat saya untuk mereka yang baru untuk menceburi industri ini adalah dengan memilih Publisher atau Affiliate.
Semoga bermanfaat dan kongsikan kepada rakan anda yang lain jika anda mendapat manfaat daripada tulisan saya. Jika tidak, boleh lontarkan komentar diruangan komen.
 
notion image

Sekarang giliran anda.

Mengikut pendapat anda, model bisnes internet mana yang anda ceburi dan kenapa?